Latest News

Bekas Isteri Roslin Bantah Tuntutan





KERATAN Kosmo! 13 Ogos lalu.


Bekas isteri pemain badminton negara, Muhd. Roslin Hashim memfailkan notis bantahan awal di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin berhubung tuntutan ganti rugi perkahwinan RM53,460 yang dikemukakan bekas suaminya itu pada 12 Ogos lalu. Faezah Mohamad, 32, memfailkan notis bantahan tersebut pada 19 November menerusi peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin yang mewakilinya. Faezah dalam notis bantahan itu mendakwa tuntutan yang dibuat Roslin (plaintif) bercampur aduk, bercelaru dan menyusahkan kerana mengaitkan urusan berkaitan merisik sehingga kepada perkara-perkara remeh.

Antaranya seperti kasut pengantin, upah solek, sewa khidmat video yang mana tersasar jauh daripada kehendak dan bidang kuasa undang- undang. Dakwanya, atas nasihat peguam syarie, plaintif sebagai bekas suami hanya berhak ke atas separuh perbelanjaan mas kahwin memandangkan tiada berlakunya persetubuhan sepanjang tempoh 12 hari perkahwinan mereka.

Malah, jelas Faezah, sebagai bekas isteri yang diceraikan tanpa sebab yang jelas, dia sepatutnya diberi hak untuk membuat tuntutan selepas perkahwinan dan bukannya plaintif.
Mengikut notis itu lagi, tindakan yang dibuat plaintif juga akan membudayakan seorang suami yang mahu menceraikan isterinya supaya menuntut sesuatu dengan cara yang tidak bermaruah

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.