Latest News

‘Kami Sarapan Pagi, Bukan Duduk Serumah’

abby abadi

Nampaknya sang jantan iaitu Norman Hakim sudah pun bersuara tentang luahan hati Abby Abadi di Facebooknya awal Januari baru-baru ini. Kata Norman:-

Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju.

Ok itu kata Norman. Tapi kalau anda dah lupa, meh kami ingatkan balik apa yang Abby tulis di Facebooknya. Sila lihat gambar di bawah.

abby

Mengikut kata Abby, Memey menjawap telefon Norman dan berkata “kejap-kejap abang tengah siap”. Persoalannya di sini, takkan bersiap kat kedai makan kot? Maka maksudnya, antara Abby ataupun Norman, salah seorang sedang menipu. Adakah mereka sudah terlupa dengan pepatah “ikan senohong ikan keli, bercakap bohong lama-lama mencuri”. Kalau salah pepatah ini tolong betulkan ye.

Tentang dakwaan yang kononnya Norman dan Memey tinggal serumah, jawapan yang diberikan oleh Norman sudah pasti TIDAK. Kami pun tak tahu dah siapa cakap benar siapa cakap bohong. Pepandai koranglah nak buat kesimpulan sendiri.

sumber:beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.