Latest News

Doakan Datuk Siti Cepat-Cepat Menimang Cahaya Mata

anak datuk siti

Jangan salah sangka. Gambar bayi di atas bukanlah gambar anak Datuk Siti Nurhaliza. Itu adalah gambar Datuk Siti pergi ke majlis cukur jambul cucu angkatnya. Apabila membaca Twitter Datuk Siti di bawah, kami dapat rasakan betapa kepinginnya Datuk Siti ingin bergelar seorang ibu.

anak datuk siti

Kalau tak salah info yang Abang Nara terima, Datuk Siti dah mencuba pelbagai-pelbagai perubatan moden dan tradisional untuk menggapai impiannya bergelar seorang ibu. Usaha dah ada cuma mungkin belum ditunaikan permintaan dariNya. Anggaplah ini satu ujian dariNya. Yang terbaik buat masa ini ialah berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Dan buat semua peminat Datuk Siti, Abang Nara tahu yang korang pun teringin sangat nak tengok penyanyi pujaan anda menimang cahaya mata. Maka doa-doakanlah jugak. Mana tahu kalau ramai-ramai berdoa boleh makbul. Tak gitu? Buat Datuk Siti, harap dapat bersabar ye. Kami di BeautifulNara sentiasa mendoakan agar Datuk Siti cepat-cepat hamil.

sumber:beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.