Latest News

Watie Elite Hampir-Hampir Kena Strok Akibat Tekanan

watie elite

Aduh. Kesian sungguh Abang Nara kat Watie Elite. Hampir kena strok sebab tekanan sejak kontroversi Angelina anak siapa dikeluarkan oleh Melodi bulan lepas. Mungkin tertekan semua benda datang serentak. Dengar ceritanya teruklah jugak.

Dia sakit sebab terlalu banyak tekanan. Mata belah kiri dia ada bekas herot. Dan separuh badan selalu kebas-kebas. Doktor cakap dia hampir kena strok.

Buat masa sekarang, Watie sedang menjalani rawatan perubatan akupunktur untuk mengelakkan rasa kebas itu. Sakitnya tak terkata, nak-nak bila menyerang bahagian sendi terutama di kepala, tangan dan kaki. Watie tak nak merawat guna kaedah biasa sebaliknya memilih rawatan tradisional cina. Katanya, hanya dengan tusukan jarum buat Watie hilang pening kepala dan kurangkan kebas yang berbisa.

Sedihlah pulak dengar nasib yang menimpa Watie nie. Abang Nara doakan agar Watie cepat sembuh. Jangan fikir sangat masalah-masalah yang ada. Kalau boleh, selesaikan semua masalah tue secepat mungkin. Jangan biar bertangguh. Kalau bertangguh itu yang tambah lagi stress. Kang takut kena strok betul-betul pulak. Tak gitu?

sumber:beautifulara

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.