Latest News

Admin Facebook Akademi Fantasia 9 Tidak Professional & Melakukan Tuduhan Melulu?

Belum pun bermula Akademi Fantasia 9, sudah ada isu panas yang diketengahkan oleh peminat-peminat AF. Semalam Abang Nara terima lagi sepucuk email yang menyatakan kekesalan mereka terhadap admin Facebook Akademi Fantasia 9. Kata mereka, admin FB AF9 sangat tidak profesional. Berikut adalah email yang diterima.

DEAR Abang Nara,

Ini adalah salah satu platform utk kami luahkan apa yg telah berlaku..mungkin pihak admin beautifulnara.com sudah dapat menghidu
atau sebaliknya…

Baru2 ini, pihak ASTRO Akademi fantasia 9 akhirnya telah memaparkan video 25calon yg telah terpilih dgn berdasarkan 50% undian juri dan 50% undian penonton .

Tapi, dukacitanya kami sebagai peminat setia rancangan realiti ini agak terkejut dgn keputusan yg dipaparkan..pelajar2 yg terpilih diantaranya adalah mendapat undian penonton yang paling terendah sekali, sbg contoh seperti NORA hanya 348undi dan MIZA 225undi . manakala calon yg telah mendapat undian yg kedua TERTINGGI langsung tidak mendapat tempat..membuat kami semua keliru, bagaimanakah sebenarnya pengiraan yg dibuat. bukankah kami sebagai penonton mmpunyai hak yg sama banyak dgn juri ??

Dan susulan itu, ada insan yg telah bertanya mengenai perkara ini kpd pihak admin af di ruangan wall facebook. sekali lagi kami telah dikejutkan dgn jawapan yg diberikan
oleh pihak mereka.

” ANDA YANG TIDAK UNDI, MENGAPA LEPAS KEPUTUSAN DIBUAT BARU NAK MENYALAK “

Mak aih, dimana tatasusila kalian. perkataan menyalak itu langsung sama sekali TIDAK patut, dah la kata mengapa tak undi, sdangkan undian yg paling rendah sekali telah berjaya top 25??? dan bermula dari saat itulah, ruangan FB akademi fantasia 9 menjadi sangat PANAZZ.
Ada seorang pembaca telah capture terlebih dahulu keputusan undian penonton sebelum dibuang oleh pihak mereka. TP admin telah menyoal ‘ketulenan’ gambar2 itu. Langsung tidak masuk akal . sedangkan ramai sekali wartawan2 dan blogger juga telah mmbuat ulasan sebelum ini, telah menyalin jumlah undian calon pada hari terakhir . Untuk apa ingin menipu ? Apabila seorang pembaca pinta pihak admin sndiri siarkan keputusan sebenar, mereka meletakkan seribu alasan yg langsung tidak munasabah.

Pembaca2 menjadi sangat geram dan tidak berpuas hati dengan jawapan2 sombong,biadap dan tuduhan melulu drpd pihak admin akademi fantasia 9 ini. menyebabkan banyak sekali persoalan peminat dibiarkan begitu shj, berbelit2 . sehinggalah akhirnya pihak admin telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf dgn ayat2 kasar yg telah dkeluarkan.

Takut pihak atasan dapat tahu mungkin, sbb keadaan ketika itu mmg bertambah kecoh. dan mereka telah mmbuat kenyataan sekali lagi bahawa pemilihan pelajar top 25 sebenarnya telah dipilih berdasarkan kriteria seperti keyakinan, perangai dari awal2 lagi . what ??? jadi dimanakah hak kami yg 50% itu ???? bukankah hak kami sama banyak dengan juri iaitu 50% ???????? bukankah ini bermakna undian online hanyalah sekadar penipuan semata2 ????

apabila persoalan itu pula telah diutarakan, pihak admin telah terus DELETED DISSCUSION BOARD INI YG BERTAJUK ” ANDA LUPA BACA TTG TERMA DAN SYARAT”

http://www.facebook.com/topic.php?uid=180449741983494&topic=419

Dear beautifulnara.com… Utk pengetahuan pihak tuan, kami tidaklah melatah apabila pilihan undian kami tidak mendapat tempat, tp kami SANGAT3x tidak berpuas hati dgn “penyelesaian” yg dilakukan oleh pihak mereka. mmglah undian ini free, tp kami banyak sacrifice habiskan masa utk membuat undian tersebut, iklanlan kpd kawan2 lain, sanggup ke hulu hilir, habiskan bil2 kami telefon kwn2 supaya pergi mendaftar di ruangan astro mengundi …

Tp ini yg kami dapat ? sampai hati sekali pihak Astro AF9 ini.. dan kami juga takkan kecoh seperti ini JIKA kami mndpat jawapan yg SANGAT TEPAT . mengapakah pihak af sangat susah utk menjawab persoalan kami ??

Dan kami berharap pihak beautifulnara.com bantu kami utk mendapatkan keadilan walaupon hanya 1% sekalipun at least ..

Terima kasih yg tak terhingga kpd pihak tuan, kerna sudi membaca luahan kami ini..kami juga telah sertakan bukti2 gambar {attachment} antara perbualan dan jumlah undi yg sempat kami capture sebelum pihak mereka telah delete discussion board itu..

sekian, terima kaseh.

Attachment boleh dilihat dengan membaca entri ini sepenuhnya. Harap pihak AF9 dapat memberikan jawapan atas persoalan ini. Agak tidak adil juga sebenarnya kalau perkara ini benar-benar berlaku.


astro af9

astro af9

astro af9

astro af9

astro af9

astro af9

astro af9

astro af9

astro af9

sumber:beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.