Latest News

Gambar & Senarai Peserta Protege Mentor Musim 5

TEKA TEKI SIAPAKAH 6 PROTEGE TERPILIH SUDAH TERJAWAB HARI INI

Petaling Jaya, 1 Mac 2011 – Program realiti paling popular, Mentor musim ke-5 telah menerima sambutan yang sangat luar biasa semasa berlangsungnya sesi uji bakat pada 18 & 19 Disember 2010 di Sabah, 1 dan 2 Januari 2011 di Sarawak seterusnya sesi pemilihan yang dikendalikan oleh barisan Mentor sendiri di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Menerusi TV3, para penonton sudah menyaksikan 2 episod awal Mentor 5 mulai 13 Februari (Ahad) jam 9.00malam yang memaparkan pelbagai karenah dan aksi para peserta yang telah membanjiri perkarangan Sri Pentas untuk bergelar protege bagi Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira.

Teka teki siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab di mini showcase Mentor 5 yang berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada hari ini.

Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing.

Gambar Peserta & Protege kepada Mentor musim 5

Mentor 5

RATNAH, PROTEGE KEPADA AFDLIN SHAUKI

Mentor 5

IQA – PROTEGE EDRY ABDUL HALIM

Mentor 5

SHIHA, PROTEGE DATUK SHARIFAH AINI

Kak Pah mahu melahirkan seorang penghibur yang bukan meniru mana-mana penyanyi. Kak Pah sangat cerewet dan ada sesuatu untuk membina bakat Shiha. Selama 2 bulan, Kak Pah tak menerima sebarang tawaran untuk persembahan pentas. Kak Pah tak ramai tenaga kerja dan mahu mencuba yang terbaik untuk kejayaan Shiha dalam Mentor.

Kak Pah mengakui Shiha seorang budak yang baik, very sweet dan serius untuk berjaya. Menganggap Shiha sebagai anak, Kak Pah mahu berkorban untuk protegenya.

Shiha bercita mahu menjadi penyanyi serba boleh. Satu peluang yang agak baik dan beliau pun membesar dengan lagu-lagu Kak Pah. Komitmen akan diberikan 120% untuk memperbaiki kesilapan Shiha.

Mentor 5

AYISH, PROTEGE KEPADA NOH HUJAN

Bagi mereka yang bakal bergelar Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze.

Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor musim ke-5, Muhamad Sufian Isa berkata, “Populariti program Mentor telah menyuntik semangat kepada kru produksi dalam pembikinan musim terbaru ini. Kali ini, kami menerima penyertaan hampir 3 ribu orang di 6 sesi uji bakat dan kiriman demo nyanyian.

Barisan Mentor telah melakukan pemilihan dengan amat teliti sehingga Rahim Maarof telah mengadakan sesi uji bakat yang kedua bagi mendapat calon yang paling layak. Maklumlah, gandingan mentor dan protege perlu serasi dan memberikan komitmen penuh bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung selama 3 bulan ini.”

“Selain itu, kami juga bersyukur apabila ‘rating’ atau kadar tontonan semasa episod pertama mencatatkan 2.7 juta penonton dan episod kedua mencecah 2.81juta penonton. Maka, ia juga memberi motivasi kepada kami untuk terus mempersembahkan kandungan program yang mantap dan berkualiti supaya tidak mengecewakan jutaan peminat Mentor yang tidak pernah jemu mengikuti perkembangan program ini.”

“Selain menjadi inspirasi kepada anak didik mereka, Mentor juga menggalas tanggungjawab dalam perancangan strategi untuk mengasah bakat protege supaya lengkap dengan ilmu nyanyian, persembahan dan kemahiran berkomunikasi. Yang penting, protege-protege mesti mempunyai daya tarikan atau pun aura sebagai seorang penghibur tatkala berada di pentas Mentor untuk bergelar Juara,” tambah Sufian.

Keenam-enam protege telah memulakan sesi latihan dan persiapan rapi bersama Mentor mereka bagi menjayakan konsert pengenalan yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 6 Mac 2011 jam 9.00malam.

Selepas itu, mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan membuat persembahan sebanyak 4 kali di konsert mingguan yang diadakan secara berselang-seli antara Kumpulan A dan B bagi mengumpul markah. Protege yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 2 protege dari Kumpulan A dan B akan digabungkan di peringkat separuh akhir dan bertanding selama dua minggu sebelum menentukan siapakah finalis yang bakal berentap di peringkat akhir Mentor.

Musim ke-5 mengekalkan format permarkahan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik.

Juara Mentor musim ke-5 akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 masing-masing dan sebuah kereta Chevrolet Cruze tajaan Chevrolet untuk protege. Hadiah wang tunai bagi tempat kedua ialah RM 30,000 untuk mentor dan protege. Protege yang memenangi tempat kedua juga akan memenangi sebuah Vespa LX150 tajaan Naza World.

Mentor 5 masih menampilkan Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program, jurnal Mentor dan jurnal Protege. Selain itu, Nas Ahmad bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas.

Mentor 5 membariskan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik serta memperkenalkan juri tetap buat pertama kalinya dalam penganjuran Mentor iaitu Ramli M.S.

Ikuti konsert mingguan Mentor yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.30malam. Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan serta aktiviti protege bersama mentor melalui Jurnal Mentor, setiap hari Ahad jam 5.00petang hingga 5.30petang. Manakala Jurnal Protege akan memaparkan diari protege pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.58petang selama 2 minit. Maklumat terkini serta aktiviti protege boleh didapati melalui laman sesawang rasmi mentor www.tv3.com.my/mentor5

Mentor 5 ditaja bersama oleh MAHSA University College dan SG Men. Stesen radio popular HOT FM sebagai stesen radio rasmi manakala Chevrolet Cruze sebagai kereta rasmi dan Intekma Resort Shah Alam selaku penginapan rasmi protégé.

Mentor 5

Salma bersama mentornya Erra Fazira

Era memilih 10 orang, dalam jumlah itu, Salma antara yang menyerlah. Semestinya, vokal dan juga pakej. Erra tertarik pada bakat terpendam Salma. Erra gembira kerana persembahan pertama Salma tidak menghampakan. Namun, Erra risau dengan expectation dan merasakan tanggungjawab agak berat. Jadi, Erra perlu bekerjasama dengan team work. Setiap minggu, Erra berjanji akan melakukan kelainan untuk protegenya.Erra perlu cungkilkan bakat dan mahu memberi warna kepada penampilan dan persembahan Salma.

Mentor 5

Edry KRU bersama protegenya, Iqa yang merupakan vokalis sebuah band pop, Water Cap. Juga boleh bermain bass.

Mentor 5

Afdlin Shauki bersama protegenya, Ratnah.

Mentor 5

Aiman, protege kepada Rahim Maarof

Aiman dipercayai ada pakej dan lebih meninati pop rock dan R&B.Ajai juga bersetuju Aiman ada tone suara yang bagus. Rahim Maarof melalui proses yang paling lama untuk memilih protege. Akhirnya, beliau bertemu juga dengan Aiman pada hari yang terakhir.

Mentor 5

sumber:budiey

No comments:

Post a Comment

Click HERE

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Template images by Bim. Powered by Blogger.