Latest News

Apokalips X -Filem Aksi Penuh CGI Pertama Mamat Khalid


Producer : Gayatri Su Lin Pillai
Director : Mamat Khalid
Producer (Company) : Tayangan Unggul Sdn Bhd & Naga VXS Sdn Bh
Language : Malay
Genre : Action, Sci-fi, Crime, Suspense
Classification : U
Release Date : 2011
Duration : No Info
Audio : Stereo
Script: Mamat Khalid
Cast: Farid Kamil, Jehan Miskin, Iqram Dizly, Adam AF, Peter Davis, Pekin Ibrahim, Zoe Tan, Vasanth, Miera Leyana, Pyan Habib, Azwan Annuar, Dayana anak Wayang, Dazzrin Kamarudin, Nur Hazwani, Zappa Khalid, Amen Khalid, Zainuri Misfar


Filem yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd & Naga VXS Sdn Bhd ni dibintangi oleh Farid Kamil, Jehan Miskin, Iqram Dizly, Adam AF, Peter Davis, Pekin Ibrahim, Zoe Tan, Vasanth, Miera Leyana, Pyan Habib(halamakkk...otai ni), Azwan Annuar, Dayana anak Wayang, Dazzrin Kamarudin, Nur Hazwani, Zappa Khalid, Amen Khalid, Zainuri Misfar dan ramai lagi.

Sinopsis (Pendek): Apokalips mengisahkan tentang peradaban manusia yang hidup selepas Perang Nuklear meletus pada tahun 2047. Saki-baki manusia yang terselamat daripada perang itu hidup dalam keadaan kacau-bilau, hilang arah tujuan dan menjadi ganas. Muncullah beberapa puak yang berbalah dan berbunuhan antara satu sama lain demi untuk kelangsungan hidup dan bergelar ketua.
Sinopsis (Panjang): Sejak mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.
Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.
Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).

Filem yang dikatakan base kepada Japanese Crow Zero ini berkisarkan tentang puak, gangster dan pertarungan untuk hidup.Penuh dengan CGI dan kesan khas yang owsem. Tarikh tayangannya tak ditetapkan lagi, jadi korang kena folo dan cucuk rapat la dengan info pasal filem ni.












______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.