Latest News

Lisa Surihani Tidak Mahu Pakai Pakaian Murah?



Selain diperkatakan hangat bercinta dengan Yusry Abdul Halim, pelakon jelita ini juga dikaitkan dengan beberapa cerita yang kurang menyenang. Selepas dikatakan tidak mahu memakai pakaian murah untuk penggambaran, Lisa juga dikatakan telah meninggikan suara kepada seorang wartawan hiburan baru-baru.

Kedua-dua insiden ini seolah-olah menggambarkan Lisa Surihani hari ini bukanlah Lisa Surihani yang sopan dan berbudi-bahasa seperti dahulu. Benarkah dakwaan yang mengatakan Lisa berubah sikap setelah merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM 23)?

Mengulas tentang isu ini, Lisa yang ditemui selepas majlis pratonton filem Sekali Lagi malam kelmarin memberitahu dia sendiri tidak tahu bagaimana cerita-cerita negatif itu boleh dikaitkan dengan dirinya. Jelas pelakon berusia 25 tahun ini dia masih orang yang sama seperti dahulu.

“Apabila saya dapat tahu tentang perkara ini, saya agak terkejut kerana ia sama sekali tidak berlaku. Isu baju itu entah macamana boleh timbul. Saya tidak pernah kata yang saya tidak mahu memakai baju murah. Sebagai seorang pelakon saya akan pakai apa sahaja baju yang disediakan. Mereka yang pernah berkerja dengan saya pasti tahu situasi yang sebenar.

Mengenai dakwaan yang mengatakan saya meninggi suara kepada seorang wartawan itu, saya pun tidak tahu bagaimana perkara ini boleh tersebar. Seingat saya, saya tidak pernah berbuat demikian. Seboleh-bolehnya saya mahu menjaga hati pihak media yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini.

Sejujurnya, saya tidak tahu bila insiden itu berlaku. Sekiranya saya ada meninggikan suara tanya disedari, saya memohon maaf kepada mereka yang terbabit. Saya tidak berniat untuk melukakan perasaan sesiapa,” luah Lisa berterus-terang. - gua.com.my

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.