Latest News

Abby Abadi Kini Sah Ahli PAS Seumur Hidup

Maaf sekiranya semenjak dua menjak ini banyak kisah selebriti yang membabitkan dunia politik. Mungkin demam pilihanraya turut menjangkiti diri Abang Nara. Terbaru, semalam Abby Abadi telah pun menghantar borang keahlian seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Proses penyerahan telah dilakukan di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

abby abadi

Selepas memberitahu media awal bulan lalu yang dia masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti politik, kemasukan Abby Abadi ke dalam parti PAS untuk mencari erti perjuangan sebenar dan berkongsi pengalaman hidupnya. Kata Abby:-

Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita. Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini.

Semoga dengan kemasukan Abby ke dalam parti PAS akan memudahkan usaha dakwah dan perkongsian pengalaman yang sedang Abby lakukan. Info dipetik daripada Sinar Harian.



sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.