Latest News

Alyah Akui Sedang Kenali Hati Budi Datuk Ramli MS

Sudah lama rasanya Abang Nara mendengar khabar angin kisah Alyah dan Datuk Ramli MS ini. Namun setiap kali ditanya, kedua-duanya akan menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa. Mungkin masih tidak bersedia berkongsi dengan para peminat mereka. Namun hari ini menerusi Media Hiburan, Alyah mengakui yang dia sedang mengenali hati budi Datuk Ramli MS.

alyah ramli ms

Kata Alyah:-

Saya akui yang saya sekarang berkawan dengan beliau dan kini kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Saya harap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan. Doakan yang baik-baik untuk kami dan jika ada jodoh (berkahwin) saya akan kongsikan dengan semua peminat.

Abang Nara doakan agar proses mengenali hati budi ini akan berjalan dengan lancar dan seterusnya membawa ke jinjang pelamin. Makin cepat kahwin makin bagus. Kita pun bukannya makin muda. Usia sentiasa bertambah. Kepada peminat Alyah dan Ramli MS, doakanlah agar kebahagiaan akan menjadi milik mereka berdua.

sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.