Latest News

Konsert Big Bang Di Malaysia Bakal Telan Kos Keseluruhan RM4 Juta?


Ini satu lagi kisah yang akan buat penggiat seni tempatan tidak senang duduk lebih lebih lagi pemuzik, penyanyi yang sering menyelar fenomena yang ‘tidak sihat’ ini.

Bukan pertama kali kita dengar penganjur konsert sanggup keluarkan sejumlah wang yang besar untuk menjayakan konsert untuk penyanyi luar tetapi tidak untuk penyanyi tempatan.

Big Bang bakal turun ke Malaysia untuk Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 pada 27 Oktober 2012 ini & khabarnya keseluruhan konsert mereka menelan belanja RM4 juta.

Yang lebih menarik, RM3 juta di’peruntukkan hanya untuk pembinaan pentas yang gah sinonim dengan identiti Big Bang dan konsert yang pernah mereka jayakan sebelum ini. Pengajur turut menggunakan khidmat pakar luar negara untuk konsert ini.

KOSMO! melaporkan yang penganjur memanggil pengarah kreatif Laurieann Gibson yang pernah bekerja untuk konsert Lady Gaga, Beyonce, Janet Jackson dan Katy Perry. Bukan sembarangan.

Jualan tiket untuk konsert Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ini akan bermula esok 28 Julai 2012 secara online melalui Ticket Charge atau datang ke Fahrenheit88 bermula 10.30 pagi. Tiket tiket bermula pada harga RM98 sehingga RM688.



sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.