Latest News

Mamat Sepah Perlu Henti Bagi Kenyataan Memakan Diri Sendiri – Hazrey


Tiba tiba nama Hazrey menjadi sebutan peminat dunia hiburan Malaysia termasuk di forum forum ekoran ‘perbalahan’ dengan Mamat Sepah minggu lalu.

Tidak berpuashati dengan kenyataan Hazrey terhadap beliau akan kejadian gambar kemalangan Zed Zaidi, Mamat Sepah dengan ego tidak mahu meminta maaf.

Namun kenyataan terbaru daripada Hazrey kepada media hari ini meminta supaya pelawak ini berhenti memberikan lebih kenyataan yang sebenarnya boleh memakan diri.

“Janganlah nak tegak benang yang basah. Sesiapa yang ada mengikuti dari awal tahu apa yang ditulis oleh Mamat Sepah di Twitter,” ujar Hazrey kepada Utusan Malaysia.

Hazrey turut mempersoalkan tindakan Mamat Sepah menutup akaun Twitter jika benar tidak bersalah kerana ia’nya satu medium yang baik untuk menampilkan dakwaan beliau.

“Kalau dia benar-benar tak bersalah, kenapa cepat cepat tamatkan akaun twitter walhal dia tahu dia boleh berkomunikasi dengan saya melalui laman sosial itu,” ujar Hazrey kepada portal hiburan GUA baru baru ini.

“Dan paling penting, dia boleh tampilkan kepada dunia segala dakwaan dia. Itu yang membuatkan saya bertambah sangsi motif dia yang saya kira jelas cuba menegakkan benang yang basah”

Tindakan Mamat Sepah memohon maaf kepada semua baru baru ini satu tindakan yang bijak menurut Hazrey namun tidak timbul persoalan kenapa beliau perlu berjumpa pelawak itu untuk menuntut maaf.




sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.