Latest News

PANAS BARAN - SHARNAAZ BERUBAH DEMI SHILA AMZAH

Apa akan berlaku dalam rumah tangga sekiranya pasangan kita mempunyai sifat panas baran tak bertempat? Itu sekiranya sudah berumah tangga, tetapi jika masih belum mempunyai apa-apa ikatan tetapi sudah panas baran... bagaimana?

Menyedari sikap tersebut, akhirnya pelakon Sharnaaz Ahmad mula berazam mengawal sikap panas barannya. Semua itu dilakukannya demi kekasihnya, penyanyi Shila Amzah yang kurang gemar dengan tabiat buruk tersebut yang kemungkinan boleh merosakkan hubungan mereka.

Klik untuk imej besar...




"Memang saya seorang yang sangat panas baran dan mudah melenting. Pada mulanya Shila agak terkejut dengan tabiat buruk saya itu. Namun, dia terima saya seadanya.

"Apabila melihat Shila sanggup menahan tabiat buruk ini, saya berazam untuk berubah untuk diri, keluarga dan dia," katanya dipetik sebagai berkata kepada media semalam.

Sehubungan itu, Sharnaaz berharap agar perubahan itu juga dapat menjadikannya kepada seorang yang lebih matang menghadapi dugaan. Ini kerana sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Shila, hubungan mereka berdua kerap diuji dengan pelbagai masalah.



"Walaupun terpaksa menempuh halangan iaitu kata-kata orang yang tidak senang dengan hubungan ini, kami masih lagi kuat untuk meneruskan percintaan ini.

"Berita-berita negatif yang dipaparkan di akhbar mengenai perhubungan ini juga sudah membuatkan kami lali dan tidak kisah dengan apa yang orang ingin katakan," ujarnya yang baru selesai berlakon telefilem Bila Kerbau Berkubang, terbitan Astro dan seterusnya akan membintangi pula filem Darah Panas, terbitan White Merpati Sdn Bhd.




sumber:myartis
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.