Latest News

Pelaburan Di Internet: Adi Putra Kena Tipu RM19,000, Masalah Terlalu Peribadi

Bukan perkara baru kalau kisah individu mengalami kerugian kerana tertipu dengan janji manis orang lain menerusi internet. Pelakon Adi Putra menjadi mangsa terbaru.

Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon ini telah kerugian sebanyak RM19,000 dalam satu pelaburan internet yang di’sertai melalui kakak’nya sendiri baru baru ini.

Namun, Adi Putra enggan menceritakan lanjut tentang bentuk penipuan yang di’alami kerana menurut beliau ia’nya terlalu peribadi untuk di’ceritakan kepada umum.

“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,” ujar Adi Putra.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur mengesahkan perkara ini dan memberitahu Adi Putra memasukkan RM19,000 ke akaun suspek namun tidak mendapat pulangan.

Bukan itu sahaja, suspek juga di’katakan masih meminta dana pelaburan daripada Adi Putra dan selepas sedar di’tipu, Adi Putra membuat laporan polis di Sentul.



sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.