Latest News

CLEOPATRA BUKAN NAMA FIRAUN - QUE HAIDAR


Ada segelintir pihak berkata, mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya, tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."

Bagaimanapun, bagi pelakon Que Haidar, beliau menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya yang diberi nama 'Tengku Cleopatra Haidar' yang didakwa menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal..!

Dua anak Que & Linda, sebelum lahirnya Tengku Cleopatra...


Dakwanya, nama Cleopatra dipilih berdasarkan maksud bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi.

"Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya.

"Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Untuk info, tuduhan tersebut timbul berikutan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII.

"Apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuan saya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.

"Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya seolah memulang 'paku buah keras'.

Bagi yang masih belum tahu, Tengku Cleopatra Haidar atau panggilan manjanya Cleo dilahirkan beberapa bulan lalu melalui pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Mereka mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 2, dan Qalif Khan, 12, (anak pertama Linda bersama bekas suami).
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.