Latest News

Gambar Haq Disebar Kerana Gagal Dapat Wang Ugutan – Norish Karman

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik penyebaran gambar anak keempat Norish Karman, Haq Lutfie Alexander baru-baru ini. Berkata kepada Berita Harian, rupa-rupanya gambar tersebut disebarkan selepas si penyebar gagal mendapat wang ugutan daripada Norish Karman. Tak sangka pulak ada orang yang sanggup berbuat sedemikian. Kejam!!!

haq norish karman

Yang pasti, Abang Nara respek kepada peminat Norish Karman yang terus memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepadanya ketika menghadapi situasi ini. Ini barulah peminat sejati. Kata Norish:-

Alhamdulillah peminat memberikan banyak kata perangsang kepada saya. Mereka memberitahu, akan terus menyayangi dan setia menyokong kerjaya seni saya. Saya membuat pendedahan itu pun bukan untuk membuka mahupun menutup sebarang cerita. Awalnya, selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan.

Rupa-rupanya kat Malaysia ini sudah sampai tahap Hollywood jugak bab-bab buat ugutan ini. Kepada artis-artis lain, silalah berhati-hati di masa hadapan. Kang tak pasal-pasal turut jadi mangsa ugutan seperti Norish Karman. Apa pun semoga Norish terus tabah dan semakin bertambah kuat selepas dugaan ini.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.