Latest News

Neelofa Kini Bergelar Penyanyi di Bawah Label Tune Music

Irma Hasmie Neelofa

Kini Bergelar . Tindakan aktres melebarkan sayap ke bidang nyanyian bukan kerana dia bersikap tamak dan gelojoh untuk mencuba pelbagai bidang dalam tempoh yang singkat.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, sebagai pendatang baru yang masih mengenal pasti kekuatannya dalam bidang seni, dia menganggap tawaran daripada Tune Music itu peluang baik untuk mengembangkan kerjayanya.

“Dalam usaha saya meningkatkan kemahiran dalam lakonan dan pengacaraan, muncul pula tawaran nyanyian daripada Tune Music yang rugi jika dilepaskan. Perancangan untuk bergelar penyanyi bukan atas dasar tamak tetapi adalah peluang untuk meluaskan jaringan hubungan dan mencari di mana kekuatan sebenar saya dalam bidang seni.”

Selain Neelofa, label muzik di bawah syarikat penerbangan AirAsia itu difahamkan turut membariskan Maya Karin dan .

Neelofa berkata, dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan tawaran itu dan bersetuju untuk memeterai perjanjian selepas melihat ruang dan potensi yang menantinya kelak.

“Orang di luar perlu faham saya menerima peluang ini bukan kerana soal nyanyian semata-mata. Tune Music adalah syarikat di bawah AirAsia yang memiliki jaringan perniagaan yang luas di rantau Asia. Saya melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk mengembangkan nama dan profil di rantau ini,”

Genre & konsep muzik masih belum yang masih belum ditentukan.

Mengenai Lebaran tahun ini, pengacara Nona ini berkata, dia pulang berhari raya di , Kelantan selama 10 hari sejak 17 Ogos lalu.

“Mulai hari ini (Isnin) saya akan menyambung semula penggambaran bagi menghabiskan baki drama bersiri arahan Erma Fatima yang kini disiarkan di .

“Pada bulan depan, saya akan sibuk dengan komitmen pengacaraan dan siri jelajah selepas menjadi duta beberapa produk,” katanya yang akan membintangi filem adaptasi novel berjudul Pilot Cafe bermula Oktober depan.


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.