Latest News

Yatt Hamzah Dikatakan Terlebih Alim?

Apabila Abang Nara membaca tulisan Raja Nurfatimah Mawar di B*POP semalam, Abang Nara tertanya-tanya wujudkah istilah ‘terlebih alim’ ini sebenarnya? Daripada apa yang diceritakannya, memang nampak agak tidak patut apa yang dilakukan oleh Yatt Hamzah. Mungkin ada di kalangan anda yang lebih bijaksana boleh memberikan pencerahan kepada Abang Nara.

yatt hamzah terlebih alim

Menurut Raja, Yatt Hamzah telah menimbulkan rasa kurang senang sebuah produksi yang menerbitkan program masakan. Kalau dah namanya program masakan, sudah tentu masakan disediakan ada yang sudah siap dimasak dan terhias. Apabila disuruh melakonkan semula cara memasak, Yatt tidak mahu dan menganggap itu adalah penipuan kepada penonton. Mungkin Yatt mahu memasak secara live dengan memotong, memasak dan menggoreng seperti yang dilakukan di rumah.

yatt hamzah

Melalu tulisannya juga, Raja menegur Yatt yang dikatakan suka menunjuk alim sangat menerusi tarbiah terhadap orang lain yang dilakukan di Facebook. Raja berkata yang Yatt harus mencontohi sikap Irma Hasmie, Diana Amir dan ramai lagi yang bertudung tetapi masih maintain steady sahaja.

yatt

Secara jujur, Abang Nara menyukai cara Irma Hasmie dan Diana Amir membawa diri sejak penghijrahannya. Memang ada dakwah yang dilakukan menerusi Facebook dan Twitter, tetapi cara mereka sangat dekat dengan peminat. Jadi peminat pun lebih gembira kerana rasa dihargai dan lebih mudah untuk menerima nasihat-nasihat yang disampaikan. Apa kata anda?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.