Filem Dampak ialah merupakan antara filem terbaru lakonan ‘abang
besar’ Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana, Juliana
Evans dan ramai lagi. Dampak berkisar mengenai kehidupan lima
adik-beradik yang dibesarkan oleh seorang tok guru di kampung yang
melatih mereka seni mempertahan diri untuk membalas dendam terhadap
musuhnya yang menetap di bandar. Kedengarannya seperti jalan cerita
klasik filem-filem pertahanan diri Hong Kong, bukan? Atas dasar itu, ada
juga kelainannya kalau dibandingkan dengan arus filem tempatan.
Filem
ini menjalani penggambaran mulai 30 Jun lepas dan siap sepenuhnya pada
27 Julai. Bolehlah kita semua melihat lagi Aaron menampilkan aksi
lasak untuk filem ini yang sedang berada dalam kerja pasca-produksi.
Filem ini diterbitkan oleh Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd
dan diarahkan oleh Andy Mak dan Lai Yuk Long. Lagi 16 gambar dengan
membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Dampak.
No comments:
Post a Comment