Latest News

Gambar Disalahguna, Ning Baizura Tarik Diri Daripada Persembahan Di Souled Out

Respek!!! Itulah kata-kata yang mampu Abang Nara keluarkan selepas membaca press release yang telah dikeluarkan oleh Ning Baizura mengenai penglibatannya di dalam persembahan bersempena Guiness Arthur’s Day. Ternyata gambar tersebut telah digunakan tanpa persetujuan daripada pihak Ning Baizura.
ning baizura
Menurut Ning, dirinya telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada malam tersebut dan bukannya oleh pihak Guiness Anchor Berhad. Apa yang membuatkan Abang Nara tabik spring kepada Ning ialah dia telah pun menarik diri daripada persembahan di Souled Out oleh kerana ada penglibatan daripada syarikat arak.
ning baizura
Ini barulah boleh dikatakan artis contoh. Tahniah kepada Ning Baizura atas tindakan anda. You deserve all the respect in the world. Semoga artis lain menjadikan Ning Baizura sebagai contoh di dalam perkara ini. Baca entri ini sepenuhnya untuk press release lengkap daripada Ning Baizura. Kredit info laman web rasmi Ning Baizura.
NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT “GUINNESS ARTHUR’S DAY”
Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara ”Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.
Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.
Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.
Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras.
Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.
KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.