Latest News

Hanis Zalikha Ajak Anda Terokai Syurga Berbelanja Dalam ‘Mad Markets’

Kalau anda belum terbiasa dengan nama Hanis Zalikha dalam dunia hiburan, ini masa yang sesuai untuk anggap gadis ini lebih dari sekadar penulis blog yang popular.
Bakal keluar dengan filem pertama berjudul Gangster Celop - Hanis Zalikha akan muncul terlebih dahulu dengan sebuah rancangan travelog Mad Markets di TV9.
Hanis Zalikha dalam program ini akan mengembara ke lokasi membeli belah yang menjadi tumpuan ramai dan popular di sekitar beberapa buah negara Asia.
Setiap lokasi yang di’kunjungi beliau turut akan di’temani oleh blogger popular dari negara tersebut dan setakat ini mereka menjemput Maria Elena (Malaysia) & Qiu Qiu (Singapura).
Dalam tulisan terbaru beliau, Hanis Zalikha ada menyebut yang ini merupakan kerjaya impian beliau dan Mad Markets telah berjaya merealisasikan impian beliau selama ini.







Episod pertama Mad Markets akan bermula 12 September ini dan akan kekal bersiaran setiap Rabu jam 10.30 malam di TV9 saluran 119. Kaki membeli belah, jangan lupa!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.