Latest News

Kawan Kawan Yang Kita Suka Tampil Anas Ridzuan Dan Karl Shafek


Mungkin ramai antara anda semua yang mengenali Karl Shafek sebagai pengacara TV dan Anas Ridzuan sebagai penyanyi dan pemenang ketiga Mentor 6 baru baru ini.

Tetapi tidak ramai tahu yang mereka berdua ini sebenarnya berbakat dalam bidang lakonan teater & ini bukan pertama kali mereka melibatkan diri dalam cabang seni ini.

Melalui teater bajet Kawan Kawan Yang Kita Suka, mereka merupakan antara barisan pelakon utama dalam karya arahan pengarah muda, Fasyali Fadzly terbitan MASK Team.

Kawan Kawan Yang Kita Suka menceritakan mengenai empat sahabat karib yang sentiasa bersama. Suatu hari, Agus telah mendapat tawaran kerja di Jepun.

Bagaimanapun, dia perlu menyelesaikan sebahagian hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membolehkan dia keluar negara. Namun, duit simpanannya hilang hingga wujud prasangka di kalangan mereka berempat.

Masing-masing menuduh sesama sendiri mengenai duit yang hilang itu. Tidak seorang pun yang mengaku siapa yang mencuri duit berkenaan. Perbalahan terus meningkat sehingga menunjukkan sisi gelap dan sikap sebenar masing-masing.

Kawan-Kawan Yang Kita Suka yang bakal dipentaskan pada 5 hingga 9 September 2012 bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka dan turut menampilkan pelakon teater berpengalaman Fazleena Hishamuddin dan Ameera Ramly. Tiket berharga RM30 boleh di’dapati ketika hari persembahan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.