Latest News

Kerana Dialog Dalam Filem Untuk 3 Hari, Mufti Saran Vanidah & Rashidi Segera Rujuk

Membaca suratkhabar Utusan Malaysia hari ini, Abang Nara menjadi pelik kerana mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyarankan agar Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera rujuk kerana dialog di dalam filem Untuk Tiga Hari. Menurut beliau, kerana dialog tersebut, perkahwinan Vanida dan Rashidi sejak 1 Oktober 2000 tidak sah di sisi Islam.
vanidah rashidi rujuk
Mufti Perak memberikan pandangan ini merujuk kepada dialog di bawah yang diungkapkan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran.
Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai
Berikut ialah ulasan daripada Tan Sri Harussani Zakaria:-
Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga.
vanida rashidi
Selepas bertanya menerusi Twitter, rata-rata yang sudah menonton filem ini memberitahu yang lafaz cerai telah dilakukan oleh Rashidi Ishak kepada Ayu Raudhah. Namun itu tidak menjadi persoalan kerana mufti Perak merujuk kepada dialog di atas. Apa pun diharap Vanida dan Rashidi mengikut saranan dan segera mendapatkan pendapat mereka yang lebih arif.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.