Latest News

Konsert Gemilang Tampil Ahmad Nawab, Khatijah Ibrahim & Jamal Abdilah

Petang tadi dapat juga kami menghilangkan kebosanan kami secara sukarela menghadiri sidang media Konsert Gemilang Malaysia di Restoran Khadijah Kitchen. Heh.
Agak seronok juga bagi kami kerana ini adalah kali pertama kami bertentang mata bersama seniman negara Datuk Dr Ahmad Nawab, Dato Khatijah Ibrahim dan juga Jamal abdillah.
Bagi kami konsert yang bakal berlangsung ini adalah sebuah Konsert Mega untuk tahun ini & kami pasti ibu bapa kami pasti akan memaksa kami untuk mendapatkan tiket percuma. Heh.
Konsert Gemilang ini ini akan menggandingkan tiga penghibur terbaik iaitu Jamal Abdillah, Dato’ Khatijah Ibrahim dan juga Seniman Negara Dato Dr Ahmad Nawab.
Konsert ini agak berlainan sedikit kerana ianya akan diadakan di Kuantan, Kuala Lumpur dan juga di Singapura. Konsert akan bermula pada jam 8.30 malam pada 29 September hingga 13 Oktober ini.
Pasti anda semua bakal tertarik dengan konsert ini kerana tiga nama besar ini akan menyanyikan lagu lagu hits mereka sehinggakan merika dijadikan lagenda di negara ini.
Kepada anda yang berada di Kuantan & ingin menghadiah tiket konsert ini kepada ibu bapa anda boleh membeli tiket konsert ini di www.ticket2u.biz dengan harga RM150, RM 75 dan RM 50 dan yang berada di Kuala Lumpur adalah RM 500  (seksyen VIP dan sesi menjamu selera bersama artis selepas konsert) selain tiket berharga RM300, RM200 dan RM 100.








______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.