Latest News

Media Prima & Astro Bayar Murah, Macam Mana Kami Nak Hidup – Othman Hafsham

Sedih sungguh Abang Nara membaca luahan hati Othman Hafsham ini. Menurut Othman, selama ini Media Prima dan Astro membayar hasil karya penggiat seni dengan harga yang murah dan mendukacitakan. Namun oleh kerana tiada pilihan lain, nak tak nak mereka terpaksa juga menjual produk yang dihasilkan kepada stesen-stesen ini.
othman hafsham
Inilah yang terjadi bila monopoli terjadi. Sedikit luahan hati Othman Hafsham yang diterbitkan menerusi Pancaindera semalam untuk tatapan anda:-
Media Prima misalnya telah memonopoli empat buah stesen televisyen di bawahnya. Bayaran yang diberikan kepada hasil seni kita teramat mendukacitakan tetapi penggiat seni tiada pilihan untuk menjual hasil produk mereka. Bayangkan Media Prima sahaja ada empat stesen televisyen dan semua menetapkan harga yang sama dan murah. Macam mana kami semua nak hidup.Bukan sekadar bayaran yang terlalu murah, bahkan ada bayaran sampai sekarang tidak dibayar penuh. Mereka (stesen televisyen) sepatutnya memikirkan tentang perasaan kami dan jangan hanya mengaut keuntungan semata-mata. ?Terus terang saya cakapkan, kami semua memerlukan duit untuk pusing balik modal kami. Kami bekerja untuk duit bukan syok sendiri.?Saya harap jumlah bayaran perlulah diubah mengikut peredaran zaman sekarang. Bayaran untuk satu skrip atau drama yang sudah siap tidak berubah sejak berzaman lamanya
Namun menurut Othman Hafsham, hanya stesen RTM sahaja yang membayar pihak industri seni dengan harga yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Bukan saja Media Prima, Astro pun sama. Sepatutnya mereka syarikat besar jadi bayaran juga perlulah besar, saya bukan menuntut untuk diberi bayaran yang cukup tinggi tetapi biarlah memadai dengan penat lelah kami menyiapkan naskah tersebut.
Kesian kan? Mungkin sebab itu kita selaku penonton-penonton sering disajikan dengan drama-drama yang kurang bermutu tinggi. Bukan salah pihak produksi sepenuhnya. Kalau memang tak ada duit, macam mana nak hasilkan sesuatu yang bagus? Semoga pihak-pihak yang terlibat membuka mata dan berjuang untuk mempertahankan hak mereka.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.