Latest News

Siti Nordiana Bakal Menamatkan Zaman Janda?


Siti Nordiana atau Nana memberitahu hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki tunggalnya iaitu Mohammad Ryyan Nakhaie, empat tahun.

Kini Nana mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih dalam peringkat awal.

Nana mahu mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Nana mengakui yang dia sudah lama mengenalinya dan dia juga sedang berusaha memikat hati Ryyan.
"Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.

"Dia sebaya dengan Nana (28) dan belum pernah ada pengalaman dengan kanak-kanak jadi dia kini sedang membiasakan diri dengan situasi baru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Jika ada jodoh Nana terima dengan seadanya," ujar Nana -sumber mStar.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.