Latest News

Yuna Dan Qi Masih Bersama, Peminat Boleh Tarik Nafas Lega

Susulan entri “Peminat Ingin Tahu Status Hubungan Yuna Dan Qi“, Media Hiburan telah pun bertanya kepada Qi tentang situasi percintaan mereka berdua. Peminat-peminat Yuna dan Qi boleh menarik nafas lega apabila Qi memberitahu yang mereka masih lagi bercinta.
yuna dan qi masih bercinta
Qi yang ditemui ketika majlis ulang tahun ke-12 Red Communication di White Box, Publika telah berkata:-
Hubungan kami masih sama seperti dulu cuma saya mengakui kini kami jarang berhubung memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Dia tengah mencipta nama di Amerika sementara saya pula sedang sibuk dalam proses mengarahkan sebuah drama yang berbentuk komedi tidak lama lagi. Namun, pada bulan ini kami berdua sempat berjumpa dan meluangkan masa bersama. Jika tidak, empat atau lima bulan sekali baru boleh berjumpa.
Itulah cabaran percintaan jarak jauh. Paling penting ialah kepercayaan kepada pasangan masing-masing. Abang Nara doakan agar hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Buat peminat Yuna dan Qi, silalah gembira kerana anda masih boleh melihat ke”sweet”an pasangan ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.