Latest News

Zed Zaidi Mahu Hancurkan Karier Randy Pangalila – Michael Ang

Kalau anda tak kenal siapa itu Randy Pangalila, anda wajib membaca entri “Zed Zaidi Persoal Program Raya Lakonan Randy Pangalila“. Hari ini, menerusi Mstar Online, pengarah drama Michael Ang yang bertanggungjawab membawa Randy Pangalila ke Malaysia melahirkan rasa kecil hati terhadap Zed Zaidi berkenaan isu ini.
michael ang

Michael Ang mempersoalkan motif di sebalik persoalan yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi yang nampak seperti mahu menghancurkan karier Randy Pangalila. Kata Michael:-
Bagi saya, Zed ada hak untuk mempertikaikan apa-apa saja yang dilihat boleh merosakkan industri hiburan tempatan kita, tetapi selidik atau tanyalah kepada orang yang berkenaan dahulu sebelum membuat tindakan melulu. Nampaknya, Zed tidak belajar daripada kesilapannya dahulu yang pernah mempertikaikan pelakon Aaron Aziz yang kononnya bekerja tanpa permit. Dan Kemudian, dia juga yang segan apabila Aaron kini menjadi penduduk tetap di negara ini.
michael ang

Namun begitu, Michael Ang enggan memberitahu sama ada Randy Pangalila mempunyai permit ataupun tidak untuk berlakon di Malaysia. Michael mahukan Zed Zaidi datang berjumpa dan bertanya tentang isu itu secara direct dengannya. Kata Michael:-
Zed sepatutnya berjumpa atau menghubungi saya untuk bertanyakan tentang isu ini. Bukannya “main redah” saja nak buat kenyataan kepada media. Ia dilihat seolah-olah Zed terlalu mengejar publisiti. Bukankah lebih mudah jika dia bertanya kepada saya terus tentang status Randy. Boleh saja saya jelaskan kerana saya yang membawanya ke sini (Malaysia) untuk drama Biar Bintang Sampai Ke Bulan (disiarkan di Astro Ria pada tahun lalu). Saya enggan memberi kenyataan di sini sama ada Randy ada permit atau tidak. Dia boleh datang kepada saya dan tanya. Atau melainkan jika isu ini sudah besar, baru saya akan jelaskan perkara yang sebenar secara terbuka
Abang Nara rasa kalau nak senang Michael Ang tunjukkan terus permit kerja si Randy Pangalila ini untuk menutup mulut semua pihak yang terlibat. Kepada Zed Zaidi, teruskan usaha anda untuk memantau pelakon luar yang datang ke Malaysia. Tindakan anda memang wajar namun mungkin perlu guna saluran yang lebih bagus selepas ini untuk melahirkan pendapat anda.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.