Apakah yang akan terjadi apabila Man Kida, Hillary Ang, Joe Wings dan
Kid Search bergabung tenaga? Jawapannya sudah tentu satu konsert yang
sangat hebat dan meruntun jiwa raga para peminat mereka. Rata-rata
peminat yang hadir ke konsert G4 Petikan Legasi pada 30 September lalu
menyatakan rasa puas hati mereka dengan mutu persembahan yang
ditunjukkan oleh 4 gitaris lagenda ini.
Walaupun harga tiket dijual dengan agak tinggi iaitu RM100 dan RM120,
ribuan penonton tetap hadir kerana bukan senang untuk melihat dengan
mata sendiri petikan-petikan gitar daripada 4 orang gitaris terhebat
Malaya ini. Sudah tentu sorakan yang paling hebat kedengaran apabila Man
Kidal menunjukkan kehebatan petikan gitarnya secara solo. Memang naik
sheikh dibuatnya.
22 lagi gambar sekitar konsert G4 Petikan Legasi dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Natrah daripada Hazelnart Photography Studio yang sudi berkongsi gambar-gambar awesome ini.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment