Latest News

Asalkan Bukan Watak Ranjang – Nur Fazura

Abang Nara memang perasan yang Nur Fazura jarang muncul di kaca TV dan di pawagam. Asyik-asyik pelakon yang sama je. Nak naik muak pun ada jugak. Rupa-rupanya Fazura lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti dalam bidang lakonannya.
fazura

Sesetengah pelakon main rembat je semua tawaran yang diberikan kerana takut tak ada job, namun Fazura mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Bagi Fazura, watak yang diberikan kepadanya haruslah tidak melibat adegan di ranjang seperti berlakondi katil, berpelukan dan berbaring.
Saya bukan jenis yang akan buat semua benda. Bagi saya, biarlah tawaran yang saya terima itu berkualiti kerana saya mementingkan kualiti daripada kuantiti. Saya bukan memilih, tapi saya sendiri sukakan watak seperti dalam filem itu (Pisau Cukur). Asalkan saya tidak disuruh untuk berlakon dia atas katil, berpelukan, berbaring , itu sudah cukup memuaskan hati saya.
fazura
Apa yang lebih mengkagumkan Abang Nara ialah Fazura tidak mengcondemn mana-mana pelakon yang memilih watak mempunyai adegan ranjang. Bagi Fazura, itu semua terpulang kepada individu masing-masing.
Bagi saya, pelakon yang merelakan diri memegang watak di atas katil berpelukan itu adalah pilihan mereka sendiri kerana ianya terpulang bagaimana untuk mereka membawa hala tuju atau mengatur kerjaya masing-masing di dalam industri ini. Seperti yang saya katakan tadi, ianya terpulang kepada hak individu itu sendiri. Kerana semua itu akan diingati ramai pihak dan menjadi reputasi mereka sampai bila-bila.
Ada betulnya kata Fazura kan? Kalau lebih ramai pelakon sebegini, sudah tentu penerbit-penerbit drama akan lebih akur dengan kehendak mereka. Yang pastinya, skrip drama dan filem akan bertambah baik dan tidak lagi memperbodohkan penonton. Semoga selepas ini lebih ramai yang akan mengambil langkah seperti Fazura ini. Info asal portal Murai.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.