Walaupun pertunangan mereka pernah dilanda badai, pernikahan Betty
Banafe dengan suaminya Bruce Dargus telah berlangsung dengan jayanya
hari ini dengan sekali lafaz tepat jam 2 petang tadi. Majlis tersebut
berlangsung di sebuah villa di Kempas, Johor. Pasangan ini telah
dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal dengan
berwakil wali adik lelaki Betty: Rifqi Benafe. Mas kahwin pasangan ini
ialah sebentuk cincin.
Betty
Benafe yang mengenakan busana putih tema Arab, menerima 5 dulang
hantaran iaitu telefon bimbit Samsung S3, sebuah Macbook Air, sebuah
Apple TV, telekung dan tepak sirih. Bruce Dargus pula segak mengenakan
sut menerima 7 dulang hantaran: Al-Quran digital, sehelai songket, set
wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah dan sirih junjung.
Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu jemputan
antaranya VVIP dan pihak media ini turut diserikan dengan kehadiran
sanak saudara Betty Benafe yang berasal daripada Indonesia.
Majlis persandingan mereka dikatakan akan berlangsung pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru. Tahniah diucapkan dari kami di BeautifulNara.com. Lagi 23 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Saza Studio.
______________________________________________________

No comments:
Post a Comment