Latest News

Malique Tegur Rap RJ

RJ yang mengantikan Malique bagi lagu Teman Penganti di separuh akhir muzik – muzik boleh tersenyum lebar apabila lagu tersebut berjaya ke AJL 27.

Rj - Rapper Janggut
Walaubagaimanapun kritikkan demi kritikan dapat dilihat semenjak RJ mengantikan tempat Malique untuk lagu tersebut. Berkesempatan bertemu pertama kali dengan pegawai perhubungan awam di Monkey Bone yang juga menguruskan Black. RJ maklum akan kritikan yang diberikan peminat malah turut mengakui Malique sendiri ada menegur Rap beliau didalam Lagu ini.
Ujarnya “Pertama kali saya nak bagi tahu dekat semua orang yang saya ini bukanlah seorang penyanyi, apatahlagi rapper. Kemunculan saya didalam lagu teman penganti ini pun hanya dengan tiba-tiba saja setelah didesak oleh Black sendiri bagi mengantikan Malique”
“Saya tahu ada yang mengkritik Rap saya dalam lagu ini, bagi saya itu tidak menjadi masalah kerana saya sedar akan kemampuan saya. Tambah lagi kalau menyanyi secara langsung memang kurang sikit. Kalau menyanyi di bilik karaoke boleh la”

Rj - Rapper Janggut
“Saya ada bertemu dengan Malique untuk mendapatkan pandanganya, dia pun ada jugalah tegur saya untuk lagu ini dan dia pun cakap saya ni suara sesuai dekat karaoke je. Ada juga dia bagi tahu supaya jangan terlalu ikut apa yang dia telah lakukan dan kalau boleh minta saya jadi diri sendiri untuk lagu teman penganti. Dan hasilnya seperti apa yang peminat semua dengar sekarang. itulah diri saya didalam lagu ini”
Tambah RJ lagi, RJ adalah singkatan bagi Rapper Janggut dimana nama itu diberikan sendiri oleh Black . Mengakhiri perbualan RJ berharap peminat lagu Teman Penganti akan terus menyokongnya dan memberikanya ruang untuk cuba membawakan lagu itu mengikut caranya sendiri
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.