Latest News

Aksi Jenayah Pelakon Dalam JUVANA


Kejayaan drama bersiri Juvana yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di hati penonton sehingga berjaya mencipta rating yang tinggi di TV3 mencetus fenomena tersendiri.

Filem Juvana
Ekoran kejayaan dan sambutan yang sungguh luar biasa terhadap drama popular ini mendorong pihak penerbit iaitu Filmscape Sdn. Bhd dan Juita Viden Sdn. Bhd menerbitkan sebuah filem aksi dengan judul yang sama – Juvana.
Filem Juvana masih lagi mengekalkan pengarah yang sama iaitu Faisal Ishak dan beberapa pelakon asal versi drama seperti Zahiril Adzim, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Idzham Ismail, Adam Shah, Megat Farzeril dan Khairul Mohamed. Pelakon baru yang membintangi filem aksi ini seperti Sharnaaz Ahmad, Syafie Naswip, Shera Aiyob, Adlin Aman Ramli dan Sara Ali.

Filem Juvana
Kemunculan watak-watak baru yang mewarnai filem ini pastinya memberi impak tersendiri apabila bergandingan dengan watak-watak yang sedia ada seperti Daim, Botak dan rakan-rakannya – Apek, Panjang, Ayam, Kicap dan Komeng. Penonton Juvana akan melihat perkembangan karakter watak-watak pelajar Juvana tersebut yang lebih berkembang dari drama.
Filem bergenre aksi ini diyakini bukan sahaja mampu menarik perhatian penonton setia drama siri Juvana tetapi juga pelbagai golongan terutama golongan remaja yang gemarkan filem penuh aksi dan dibarisi pelakon-pelakon popular yang berbakat tinggi. Bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Januari 2013 di 70 pawagam Malaysia dan Brunei menerusi format 35mm dan 2D ( pawagam terpilih), filem aksi Juvana diharap akan berjaya mendapat tempat di hati penonton dan menjadi antara filem terbaik 2013 yang mendapat sambutan hebat di Malaysia.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.