Latest News

Amanda Imani Pelik Tidak Popular Di Negara Sendiri


Abang Nara akui yang diri ini sudah ingat-ingat lupa siapa itu Amanda Imani. Check punya check, terperasanlah yang sebelum ini ada artikel mengenai Amanda Imani yang menyerupai Megan Fox di dalam majalah WW.
amanda imani
Untuk anda yang tidak tahu, Amanda Imani ialah seorang penyanyi. Secara jujur, Abang Nara tak pernah dengar lagu Amanda di radio. Mungkin ada terdengar tapi tak melekat di kepala. Memang betullah kata Amanda sendiri yang dirinya tidak popular di Malaysia.
Saya akui masih kurang dikenali di negara sendiri. Namun, saya cuba fokus sepenuh daya untuk mengukuhkan nama. Yang peliknya, saya menerima pengiktirafan dan undangan nyanyian yang meluas di luar berbanding di negara sendiri. Setiap orang ada cara dan jalan sendiri. Saya tidak mahu bersaing atau berlumba dengan sesiapa. Biarlah saya melangkah satu demi satu kerana saya seorang yang berprofil rendah dan tiada kontroversi.
amanda
Mungkin rezeki Amanda Imani untuk popular di Malaysia belum tiba lagi. Perlahan-perlahan kayuh. Shila Amzah pun ambil masa 10 tahun untuk meletup. Dan kalau boleh, buatlah lagu yang sesuai dengan masyarakat kita. Boleh ambil inspirasi daripada Yuna dan Najwa Latif. Tak salah belajar daripada mereka yang dah popular kan?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.