Latest News

Mana Datang Cerita Sebegini Saya Pun Tidak Tahu – Neelofa


Pertama-tamanya biarlah Abang Nara memberi penjelasan tentang kononnya diri ini ialah penyokong setia Neelofa. Abang Nara memang minat Neelofa tetapi tak adalah menyokong membabi buta. Abang Nara bukanlah kipas susah mati Neelofa.
neelofa
Banyak cerita Neelofa yang dikeluarkan di sini kerana memang banyak kontroversi yang menyelubungi dirinya. Bukan sebab Abang Nara sengaja nak tulis. Jadi diharap anda semua memahami dan tidak menyalahkan diri ini. Terbaru, Neelofa memberi penjelasan panjang lebar menerusi portal Murai tentanggosip hubungannya dengan seorang jutawan automotif:-
Kadangkala pihak-pihak berkenaan harus lebih bijak dalam membuat sebarang cerita dan melihat semula akibat yang akan terjadi dek dakwaan sebegini. Apa yang dihebahkan itu bukan sahaja akan menjejaskan karier saya. Ia melibatkan ramai pihak apatah lagi usahawan itu merupakan suami kepada selebriti yang juga dikenali ramai. Mana datang cerita sebegini saya pun tidak tahu. Saya minta kalau anda mahu memburukkan sesiapa pun, tolonglah hormat pada hal-hal sensitif seperti rumahtangga. Ini bukan benda yang biasa atau boleh diambil mudah tetapi ia melibatkan perasaan orang lain. Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana saya tidak mahu ianya diputarbelitkan di masa depan. Saya juga terkejut tersebarnya berita seperti ini pada tahun 2013 yang baru sahaja memasuki bulan Januari
neelofa
Kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan, sudah tentu anda dapat meneka siapakah jutawan automotif tersebut.  Abang Nara pun tak mampu berfikir secara logik bagaimana gosip sebegini boleh timbul. Memang agak tidak masuk akal. Apa pun semoga Neelofa tabah menghadapi kontroversi ini.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.