Latest News

Sharnaaz Tolong Jangan Biadap – ND Lala


Wow. Adakah rasa cinta dan sayang Sharnaaz Ahmad terhadap Shila Amzah tidak mendapat restu daripada ND Lala. Terkejut beruk juga Abang Nara membaca kenyataan ND Lala di Harian Metro hari ini. Nampak macam tengah marah yang amat.
nd lala biadap

Secara logiknya, ada benar kata-kata yang dikeluarkan oleh ND Lala. Sharnaaz seolah-olah ingin melangkau batas adat resam orang Melayu. Kata ND Lala:-
Saya dan ibu Shilla masih hidup, masih bernyawa. Sekurang-kurangnya hormatilah kami sebagai orang tua. Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya. Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu.
sharnaz shilaBetul juga kata ND Lala itu kan? Mungkin yang dimaksudkan oleh ND Lala ialah jangan gebang lebih-lebih sangat selagi tak sah bergelar suami isteri. Kalau tak jadi, diri sendiri yang malu. ND Lala turut sempat memberi sedikit nasihat kepada Sharnaaz.
Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila masih hidup, kita ada adat dan agama, jadi jangan memandai-mandai. Tolong jangan biadap, hormati kami ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main, melainkan kalau mereka mahu kahwin lari.
shila
Nampak gaya sebelum berkahwin pun sudah ada masalah dengan bakal bapa dan mak mertua. Diharap Sharnaaz dengan segera mengambil balik hati ibu bapa Shila. Kang tak pasal-pasal masuk merisik kena reject. Perlahan-lahan pergi minta maaf dan minta restu daripada mereka. Tak ke gitu?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.