Latest News

Showcase Awi Rafael

AWI RAFAEL tentunya nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tempatan. Hasil karya beliau yang sentiasa berkumandang di corong-corong radio memudahkan beliau dikenali lantas meningkatkan popularitinya dalam kalangan peminat muzik tanah air. Walaupun baru 2 tahun bergelar penyanyi yang juga merupakan penulis lagu, AWI RAFAEL telah berjaya meraih beberapa pencalonan menerusi anugerah-anugerah terulung sebaris dengan artis-artis ternama tempatan!

Filem Juvana
Mengimbau kembali di awal penglibatan beliau pada 2011, populariti AWI RAFAEL menerusi single “Pulanglah” telah melayakkan beliau tersenarai sebagai “Artis Lelaki Baru Paling Popular” pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 25. Seiring dengan nama yang meningkat naik, AWI RAFAEL kemudian terpilih untuk membuat persembahan pembukaan pada konsert 2 orang artis antarabangsa semasa jelajah mereka di Malaysia, iaitu Dashboard Confessional dan Jason Mraz!
Populariti AWI RAFAEL tidak hanya tertumpu di Malaysia. Hal ini terbukti apabila beliau telah tercalon dalam beberapa kategori di Anugerah Planet Muzik 2012, sebuah pencalonan yang melibatkan 3 buah Negara seantero iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura, menerusi 4 kategori iaitu “Artis Baru Terbaik”, “Artis Lelaki Paling Popular”, “Vokal Terbaik”, dan “Lagu Terbaik”. Pada anugerah ini, AWI RAFAEL berjaya meraih gelaran “Lagu Terbaik” menerusi single “Pulanglah”.
Tidak lengkap rasanya hidup seorang seniman jika tidak terus menerus berkarya. AWI RAFAEL tampil dengan album kedua beliau bertajuk ASALKAN AKU OK! pada pertengahan 2012 dan pertaruhkan single dengan tajuk yang sama. Kesemua lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini adalah hasil karya beliau sendiri dan lagu “Asalkan Aku OK” digemari oleh peminat muzik tanah air dan rancak dimainkan di semua stesyen radio tempatan.
Kini AWI RAFAEL tampil lagi dengan single baru beliau bertajuk HARI-HARIKU. Seperti lagu-lagu beliau yang lain, HARI-HARIKU merupakan hasil nukilan oleh AWI RAFAEL sendiri. Selari dengan imej dan pembawakan beliau yang sentiasa tampil ranggi, lagu ini bagaikan sebahagian ‘jiwa’ AWI RAFAEL apabila disampaikan dalam rentak ‘rock’.
HARI-HARIKU mengisahkan hari-hari yang dilalui dengan rasa cinta. Segalanya rasa indah dan lengkap dengan kehadiran cinta. Lagu ini turut menyentuh perihal kesyukuran yang tidak terhingga apabila dianugerahkan kekasih hati yang sanggup menerima diri seadanya…
Pada tanggal 8hb Februari 2013, Jumaat, bakal diadakan sesi sidang akhbar bagi merasmikan album terbaru AWI RAFAEL, ASALKAN AKU OK! , juga sebagai pengenalan kepada single terbaru beliau, HARI-HARIKU. Majlis ini nanti bakal menyaksikan kerjasama sulung Warner Music Malaysia dengan pihak ASWARA, yang juga merupakan penaja rasmi lokasi bagi majlis tersebut.
Orang awam dijemput hadir bagi memeriahkan SHOWCASE AWI RAFAEL yang bakal diadakan pada lokasi yang sama. Selain daripada persembahan khas oleh AWI RAFAEL sendiri, showcase ini bakal diserikan dengan persembahan-persembahan oleh para pelajar ASWARA. Pas masuk adalah dengan pembelian album AWI RAFAEL di lokasi showcase ataupun dengan membawakan bukti pembelian sekiranya album ini telah dibeli terlebih dahulu. Album ASALKAN AKU OK! boleh didapati dengan harga hanya RM25.00 di lokasi showcase. Kelebihan bagi para pembeli album di lokasi showcase, anda akan berpeluang untuk beramah mesra dengan AWI RAFAEL pada ‘Sesi Bertemu Peminat’ di akhir showcase ini nanti!!
Berikut adalah maklumat mengenai showcase ini:

SHOWCASE AWI RAFAEL
Tarikh : 8hb Februari 2013, Jumaat
Masa : 8 mlm
Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA, Jalan Tun Ismail, KL
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.