Latest News

Tauke Jambu Trauma Untuk Berkahwin

“Mungkin dengan wang kemenangan yang agak banyak ini akan digunakan untuk buat majlis kahwin saya nanti” Tauke Jambu

Jozan
Kata – kata itu datangya dari Tauke Raja Lawak ataupun lebih dikenali dengan Tauke Jambu yang kini idea lawaknya sudah semakin digemari oleh penonton. Bagaimanapun ungkapan itu hanyalah satu gurauan terpencil kepada kami apabila ditemui baru baru ini.


“Saya masih belum memikirkan hal berumah tangga untuk kesekian kalinya kerana merasakan diri ini masih lagi terasa sedikit trauma pada ketika ini. Tapi saya tetap berharap suatu hari nanti masa itu akan tiba juga. Ye la, mana ada yang nak hidup membujang sampai ketua kan. ”
Ditanya pula tentang hal kenaikan bayaran secara mendadak untuk mengambil dia berlakon seperti mana yang diperkatakan kepada kami, Tauke pantas menidakkan hal tersebut.
Katanya “Naik secara mendadak itu belum lagi la rasanya, tapi tidak pasti sama ada mahu ataupun tidak untuk menaikkan harga bayaran kerana saya sendiri pun sebenarnya tidak tahu harga semasa bagi seorang pelawak macam saya. Bagaimanapun ianya terpulang kepada pihak berkenaan untuk menawarkan harga yang dirasakan berbaloi pada masa ini.”

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.