Latest News

6,000 Peminat Menjadi Saksi Sejarah Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari


Foto : ADAM ARJUNA
Hampir 6 ribu penonton menjadi sejarah kepada persembahan hebat yang ditonjolkan oleh Shahrul Anuar Zain ataupuan Anuar Zain di stadium tertutup Malawati Shah Alam sempena konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada sabtu lepas.

ANUAR ZAIN
Lontaran vokal yang hebat dan unik dimiliki Anuar Zain nyata tidak mampu menghadirkan sebarang kekecewaan buat peminatnya yang hadir pada malam tersebut. Rata-rata yang hadir pada pandangan kami pada malam itu amat berpuas hati dengan wang yang sudah dilaburkan oleh mereka.
Membuka pentas dengan I’m The Lucky One A, Anuar seterusnya menghiburkan peminat setianya dengan hampir 19 buah lagu, diantaranya ialah Bila Resah, Suria Dan Siarra, Jangan Bersedih Lagi, Mungkin, Ajari Aku, Keabadian Cinta, Kau Bunga Cintaku, Perpisahan, Kembalilah Kasih / Hanya Milik MU, Ketulusan Hati, Cinta Harus Memiliki, Sesucinya Cintamu, Bidadari, Semua Untukmu, Kain Pelikat, Teman Terulung, Lelaki ini dan mengakhiri persembahan penuh beremosi pada malam itu dengan lagu Sedetik Lebih.

ANUAR ZAIN

Menurut Anuar Zain yang kami temui di sidang media sebaik sahaja konsert ini tamat, menjelaskan yang dia sendiri amat terkejut dengan kehadiran pada malam ini yang hampir memenuhi ruang kosong stadium Malawati.
Ujarnya “Alhamdullilah, saya rasa sangat bersyukur dengan apa yang sudah berlaku pada malam ini. Semuanya berjalan dengan amat baik sekali dan kehadiran penonton pada malam ini memang sesuatu yang membuatkan saya rasa teruja dan sangat berpuas hati sebab ramai yang datang pada malam ini.”
“Saya diberitahu tadi kehadiran penonton pada malam ini adalah 6,000. Terima kasih sekali lagi kepada peminat yang menyokong saya sejak dari dulu lagi sampailah kepada malam yang penuh bermakna bagi saya pada hari ini.”
Konsert sempena meraihkan 3 dekad penglibatan Anuar Zain didalam industri hiburan tempatan ini turut dihadiri oleh ahli keluarganya yang terdekat dan juga beberapa rakan artis yang lain.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.