Latest News

Ammar Alfian Dan Puteri Sarah Sudah Putus Cinta


Walaupun pernah digigit manja oleh aweknya, hubungan cinta Ammar Alfian dan Puteri Sarah tidak berjaya bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Mereka berdua sudah clash sekitar bulan November tahun lalu. Yang machonya, Ammar mengakui perpisahan itu berpunca daripadanya.
puteri sarah dan ammar alfian

Mengakui tiada lagi keserasian, Ammar Alfian berkata kesilapannya yang tidak pandai menghargai hati Puteri Sarah adalah punca perpisahan mereka. Kata Ammar:-
Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi. Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu. Sepanjang lima tahun hubungan kami, memang ramai yang dengki dengan memburuk-burukkan nama saya kepada Sarah. Apabila terlalu banyak fitnah kononnya saya curang disampaikan kepada Sarah, lama-kelamaan dia menjadi tawar. hati. Walaupun saya sudah berusaha untuk meyakinkannya bahawa itu hanya fitnah tetapi ia sukar untuk memulihkan persepsinya kepada saya.
puteri sarahPengajaran daripada kisah cinta mereka ialah walaupun anda sudah digigit oleh awek anda, itu tidak bermakna anda akan kekal bercinta sehingga ke akhir hayat. Jadi ada sesiapa pembaca BeautifulNara yang nak mengorat Puteri Sarah? Mana tahu ada rezeki anda pulak digigit olehnya. Hehehe ~~

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.