Latest News

Fizz Fairuz Larikan Diri Dari Pihak Media? Tidak Percaya Bagaimana Cerita Pertunangan ‘Bocor’


Ramai yang terkejut dengan berita pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, dan nyata ia mengejutkan Almy Nadia yang hanya mengetahui tentang perkara tersebut di Internet.

Hari ini melalui mStar Online, pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang juga suami penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, meminta Fizz menguar-uarkan pertunangannya.
Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua.
Mungkin anda pernah dengar tentang hadith yang menyatakan Rasulullah menyatakan ‘rahsiakan pertunangan’, namun ahli agama Islam sepakat yang hadith tersebut dhaif, oleh sebab itu perkara itu perlu dilakukan mengikut kebiasaan masyarakat.
Akashah juga turut memberikan pendapat tentang perbuatan Fizz yang menyarung sendiri cincin ke jari tunangnya.
Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara.
Dalam pada itu juga, ramai wakil media yang telah cuba menghubungi Fizz untuk mendapatkan penjelasan beliau sendiri tentang pertunangannya, namun panggilan dibiarkan tidak berjawab walaupun diterima oleh telefonnya. Dia juga dikatakan tidak membalas SMS dari wakil-wakil media.
Ramai peminat juga menganggap perbuatan Fizz tidak jujur, terutamanya kepada Almy Nadia, sedangkan pada November lepas Fizz mengakui hubungan mereka tetap baik sahaja.
Fizz juga dinyatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangannya boleh ‘bocor’.
Itu yang membuatkan kami tidak percaya bagaimana dia tidak percaya berita pertunangannya boleh ‘bocor’, kerana hampir tidak ada apa-apa yang dapat disembunyikan dalam dunia digital, di mana semua orang ada akses untuk merakam dan menyebarkan setiap detik dalam hidup mereka melalui media sosial, apatah lagi majlis pertunangan seorang selebriti.
Mungkin seseorang perlu beritahu Fizz, ini bukan lagi dekad 90-an.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.