Latest News

Fizz Fairuz Terus ‘Lari’, Bengang Tidak Tercalon ABPBH 2012?


Sepanjang minggu lepas, heboh juga kisah pertunangan mengejut pelakon Fizz Fairuz dengan seorang wanita dari Kuantan, Pahang. Yang nyata tunangannya bukanlah Almy Nadia, pelakon yang sudah tujuh tahun bercinta dengannya sebelum ini. Beberapa media telah menyatakan yang Fizz dukar dihubungi dan tidak mahu memberi kerjasama untuk menerangkan tentang pertunangannya yang mulanya dibuat secara diam-diam.
Malah ketika dihubungi wartawan Melodi TV3 semalam, Fizz memberikan alasan yang dia tidak dengar suara pemanggil kerana ‘telefonnya rosak’.
Fizz dan Almy, sewaktu masih bersama


Laporan di Harian Metro sebelum ini juga ada menyatakan yang Fizz bengang kerana tidak tercalon untuk ABPBH 2012. Dalam Bi-pop semalam pula, Fizz dikatakan turut berkelakuan seolah-olah ingin ‘melarikan diri’ sebelum ini apabila ditanya sama ada benar dia bengang dirinya tidak dicalonkan untuk ABPBH 2012.
Almy melalui pelbagai sumber berita menyatakan dia tidak mahu memberikan kenyataan selagi Fizz sendiri tidak memberikan kenyataan. Melalui portal Murai, Almy menyatakan dia tidak mahu bercakap banyak kerana Fizz kini tunangan orang dan dia juga berharap Fizz berbahagia dengan pilihannya.
Ramai yang datang kepada saya bersedih dan menangis kerana bersimpati atas apa yang terjadi dan saya sendiri tidak mampu hendak berkata apa-apa kerana saya akui begitu besar dugaan Tuhan kepada saya kali ini.
Namun alhamdulilah, saya bersyukur kerana ada keluarga dan rakan baik dan rapat yang sentiasa bersama saya untuk memberi semangat dan sokongan dalam apa jua bentuk.
Saya akan bersuara jika Fizz tampil menjelaskan segalanya terutama jika ia melibatkan saya. Jika tidak, saya pun tidak mahu mengganggu tunangan orang. Apa yang boleh saya cakap, saya hanya mendoakan yang baik-baik sahaja kepadanya semoga dia berbahagia.
Almy juga ada menyatakan yang dia mahu fokus lebih kepada anak angkat dan kerjaya seninya sahaja selepas ini. Selamat maju jaya diucapkan pada Almy. Manalah tahu Almy akan tercalon ABPBH tahun depan pula, kan? Tuhan maha kaya.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.