Latest News

(GAMBAR) Emma Maembong Akui Sudah Putus Cinta

Semalam, melalui sisipan Bi-pop dari akhbar Berita Minggu, pelakon jelita yang sedang meningkat naik, Emma Maembong telah memberitahu yang hubungan cintanya dengan pemuda bernama Adli yang dikenalinya sejak berusia 15 tahun telah berakhir.
Jadi, sekarang Emma Maembong sudah single lah. Bolehlah pembaca BN yang berminat mengorat Emma selepas ini (harapan palsu, LOL).

Emma bagaimana pun tidak mahu memanjang-manjangkan tentang kisah cintanya yang katanya mula tidak sehaluan awal Februari lalu. Dia hanya menganggap dia dan pemuda itu tiada jodoh.
Yang lepas itu biarlah berlalu. Ini ruang terbaik untuk saya terus fokus dalam kerjaya seni.
Emma juga tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular untuk ABPBH 2012, namun menyatakan dia tidak meletakkan harapan menggunung untuk menang.
Menurut Emma lagi, dia menyerahkan soal ABPBH 2012 kepada kelab peminatnya, EmmaVengers yang menurutnya rajin menganjurkan aktiviti dan melobi undian untuknya di Twitter.
Empat gambar Emma bersama si cantik Cha Cha Maembong di program Amazing Race anjuran majalah Mangga Sabtu lepas dengan membaca entri ini sepenuhnya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.