Latest News

Grand Brilliance & Red Films Cipta Sejarah


Gabungan Grand Brilliance dan Red Films adalah satu nama besar di dalam industri perfileman di tanah air dan berjaya mencetuskan satu fenomena baru di antara filem-filem yang disajikan di Malaysia. Menurut Pengurus Besar Filem Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin, Grand Brilliance sangat menghormati professionalism dan kreativiti Red Films serta kelebihan dan ketelusan idea bagi menghasilkan sesebuah karya.

Hans Isaac
Atas sebab itulah Grand Brilliance selama ini banyak melabur untuk filem terbitan Red Films dan antara filem yang telah dihasilkan bersama ialah Kami The Movie, Pisau Cukur, Songlap dan Istanbul Aku Datang. Ibarat “Aur Dengan Tebing” itulah istilah yang sering digunakan dalam pencapaian yang dikecapi bersama.
Filem SONGLAP yang berjaya meraih kutipan sebanyak 2.5juta setelah filem itu ditayangkan lebih 77 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei pada 15 Disember 2011 dan terus mendapat pengiktirafan di luar Negara apabila SONGLAP telah dipilih menyertai beberapa festival filem antaranya:-
· Udine Far East Film Festival (UDINE FEFF),Italy
· Los Angeles Asian Pacific Film Festival (LAAPFF),USA
· Hamburg Film Festival Germany
· Fort Lauderdale International Film Festival (FLIFF)
· New Horizons Competition at Abu Dhabi Film Festival, UAE
· Asia Pacific Screen Awards 2012, Australia
· Five Flavours Film Festival , Poland
· Asean International Film Festival and Awards
Kejayaan filem SONGLAP tidak hanya berakhir di peringkat antarabangsa, malah filem SONGLAP juga meraih kejayaan di tanah air sendiri di anugerah-anugerah berprestij antaranya adalah:-
1. ANUGERAH PROFIMA 2012
· Stuntman Terbaik
· Jurusolek Artis Terbaik
· Oeperator Steady Cam Terbaik
· Filem Terbaik
· Key Grip Terbaik
· Focus Puller Terbaik
· Sinematografi Terbaik
2. ANUGERAH MAJLIS PENGKRITIK FILEM (KL) 2012
· Filem Terbaik
· Lakon Layar Terbaik
· Sinematografi Terbaik
· Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
3. ANUGERAH SKRIN 2012
· Pelakon Lelaki Terbaik
· Pengarah Filem Terbaik
· Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
4. SHOUT AWARDS
· Breakthrough Local Feature Awards
Kali ini, filem SONGLAP sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila telah dicalonkan di FFM ke -25 2013 sebanyak 15 kategori iaitu percalonan terbanyak didalam sejarah FFM antaranya adalah:-
· Anugerah Pereka Kostum/Busana
· Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
· Anugerah Penataan Seni Terbaik
· Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
· Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
· Anugerah Cerita Asal Terbaik
· Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik
· Anugerah Peyunting Terbaik
· Anugerah Lakon Layar Terbaik
· Anugerah Sinematografi Terbaik
· Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
· Anugerah Lelaki Terbaik (2pencalonan)
· Anugerah Pengarah Filem Terbaik dan
· Anugerah Filem Terbaik
Ujarnya lagi, filem SONGLAP adalah sebuah filem yang menepati citarasa penonton dan diterima baik di setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Ianya jarang-jarang berlaku untuk sesebuah filem itu meraih keuntungan dari segi kutipan di pawagam dan diselangi dengan pengiktirafan dan kemenangan pelbagai pencalonan dan anugerah di dalam dan luar negara.
Grand Brilliance amat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada Red Films yang memberikan seratus peratus komitmen bagi menjayakan filem ini dan berbangga diatas kejayaan filem SONGLAP di dalam setiap pencalonan dan penganugerahan filem ini
Ini menjadi Penanda Aras Baru buat Grand Brilliance sendiri bagi menghasilkan filem-filem bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.