Latest News

Hubungan Dengan Bapa Kini Lebih Baik – Najwa Latif


Air dicincang tak akan putus. Syukur Abang Nara mendengar perkhabaran gembira mengenai hubungan Najwa Latif dengan ayahnya yang kini semakin pulih. Pasti orang yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah Najwa dan keluarganya.
najwa latif

Sebelum ini, ayah Najwa Latif pernah menggelar anak-anaknya sebagai anak derhaka kerana melupakan dirinya. Pasti Najwa kini lega kerana dapat memberi 100% fokus terhadap kerjayanya sebagai penyanyi apabila mendapat restu daripada ayah sendiri. Kata Najwa kepada portal Murai:-
Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan merekajuga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya
najwa latif
Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila. Abang Nara suka betul dengar lagu terbaru Najwa Latif yang bertajuk “Sahabat”. Memang catchy. Semoga selepas ini lebih banyak lagu menarik akan dikeluarkan oleh Najwa. Lebih-lebih lagi sekarang ini Najwa pun sudah tamat SPM.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.