Latest News

Kenapa Babitkan Saya? – Almy Nadia


Masih lagi bercerita mengenai kontroversi di antara Almy Nadia, Fizz Fairuz, Azlyn Massiela dan Ramli. Semalam, menerusi Berita Harian, Azlyn mendakwa yang Fizz Fairuz masih bertemu Almy Nadia walaupun hubungan mereka berdua sudah semakin serius bercinta.
almy nadia

Menurut Azlyn, Almy Nadia pernah memakai baju sejuk yang dibeli oleh Fizz Fairuz buatnya ketika sama-sama menjaya sebuah program di Korea. Namun begitu, Almy Nadia hairan mengapa namanya dikaitkan secara tiba-tiba oleh Azlyn. Kata Almy:-
Saya tidak tahu motif Azlyn dengan memetik nama saya pula dalam permasalahan mereka sedangkan sejak awal lagi, saya terkejut apabila mengetahui Fizz sudah bertunang walaupun hubungan kami masih tergantung tanpa jawapan. Tapi, saya optimis dan sentiasa positif menganggap semua dugaan Allah.
almy nadiaKesian pulak Abang Nara kat si Almy nie. Tak pasal-pasal terbabit pulak. Padahal secara logik memang tak bersalah langsung. Abang Nara suka dengan kata-kata Almy Nadia di bawah:-
Kini apabila mereka berdepan kontroversi, saya pula dibabitkan sama. Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaannya mengenai saya dan Fizz masih bertemu ketika mereka sudah pun serius. Semua itu terlalu peribadi dan langsung tidak sepatutnya membabitkan saya. Memang tidak masuk akal dan saya tidak mahu komen panjang.
Memang betul pun tak masuk akal. Almy Nadia yang sebenarnya sepatut terasa dianiaya ketika ini. Tup-tup si Azyln nie nak salahkan Almy pulak. Sewajarnya, Azlyn selesaikan dulu kontroversi mengenai status dirinya. Takkanlah dah pernah kahwin pun boleh tak tahu. Tak gitu?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.