Latest News

Kontroversi Sebelum Kahwin Tidak Jejas Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan


Dihambat kontroversi gambar pre-perkahwinan beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis, tidak sedikit pun menjejaskan semua persiapan perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan.

Liyana Jasmay sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan tepat jam 10:27 pagi dengan 2 kali lafaz. Liyana dan suami tenang ketika diminta menjawab isu tersebut.
“Bagi saya gosip dan kontroversi yang melanda kami sebelum ini, tak berikan apa-apa kesan kerana sejak 9 tahun saya dalam industry ni, saya dah cukup lali. Sebelum ini saya dah beritahu Fathiuddin mengenai hal ini dan dia cukup chill. Malah dia mengambil sikap berdiam diri dan lebih fokus pada majlis hari ini,” kata Liyana tersenyum manja disamping suami di majlis akad nikah pagi Sabtu.
Simboliknya wang hantaran pasangan ini RM 28,388 adalah diambil sempena tarikh ulangtahun kelahiran Liyana Jasmay. Liyana Jasmay dilahirkan pada 28 Mac 1988 di Kuala Lumpur.
Sejurus selesai majlis resepsi di kedua belah pihak, Liyana akan terbang semula ke New York. Kali ini bersama suami, untuk penggambaran filem, New York Cinta terbitan Mermaid, production house milik Liyana bersama kakaknya.
Di New York nanti mereka akan mencuri masa untuk singgah ke London. Tetapi bukan untuk berbulan madu. Ditanya tentang destinasi bulan madu, mereka sendiri masih belum ada lokasi bulan madu yang sesuai.
Selesai di New York, Liyana dan suami akan terus pulang ke Sabah. Semasa di Sabah nanti, mereka akan merancang untuk mencari pulau-pulau yang cantik untuk berbulan madu, kerana difahamkan Fathiuddin mahu tempat yang tenang dan di luar kesibukan kota.
Kalau diikutkan, Liyana mengimpikan perkahwinan di tepi pantai. Namun bimbang jumlah tetamu yang bakal hadir ke majlisnya nanti terlalu ramai, maka Liyana memberi kepercayaan kepada keluarga untuk ameguruskan majlisnya.
Liyana tidak kisah apapun corak majlis, asalkan tetamu yang hadir gembira. Tapi apa yang lebih penting kata Liyana, dia dapat hidup bersama insan tercinta, Fathuddin Mazlan. Sweet sangat.
Apa-apa pun kami ingin mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai dan selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.