Latest News

Mia Salahkan Astro Dia Tak Popular


Kami Kurang pasti berapa musimkah rancangan realiti pencarian bakat dalam bidang lakonan iaitu Anak Wayang yang pernah di siarkan di Astro tidak lama dulu pernah diadakan.

MIA KAMIL
Jika tidak silap, Anak Wayang ini pernah dihebohkan sebagai “antara yang termahal” di kalangan projek-projek terbitan Astro pada waktu itu. Tapi sinar kejayaan buat para finalisnya dilihat seakan berkubur begitu sahaja. Kemana perginya Mohd Hairi Safwan Aznan yang merupakan juara musim pertama dan Hafiz naib juara? Jika ada pun hanya suam-suam kuku sekadar meramaikan bakat yang entah apa-apa. Paling tidak pun nama mereka disebut hanya kerana gosip murahan seperti yang dialami oleh Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin.
Bagaimanapun baru baru ini crew kami berkesempatan bertemu dengan salah seorang peserta anak wayang musim pertama iaitu Nur Amirah Mohd Kamil ataupun Mia Kamil. Sempat kami bertanya apa sudah jadi dengan dirinya pada ketika ini sebagai seorang pelakon selepas tamat Anak Wayang Astro.

MIA KAMIL
Jelasnya “Saya tidak aktif berlakon sangat selepas keluar saja Anak Wayang. Kalau ada pun yang terkini ialah drama ‘Dibawah Langit Biru’ tayangan bagi RTM itu je la. Kehidupan sebagai seorang pelakon selepas keluar dari program anak wayang ni memang susah, sebab program anak wayang ni pun tak glamer sangat dan tak dapat perhatian ramai pun kalau kita tengok.”
“Jadi selepas habis program tu habis macam tu je la dan ianya tak ada memberi kesan untuk setiap peserta itu dikenali dan dinilai bakat kami sebagai seorang pelakon. Kalau kita tengok dari pesertanya pun semuanya suram je. Ada ke yang berjaya? kalau ada pun berapa je.”
Disebabkan kecewa dan terkilan dengan hal yang seperti itu dan sikap lepas tangan pihak pengurusan terhadap bekas peserta Anak Wayang, Mia Kamil kini menegaskan yang bidang lakonan bukanlah bidang yang akan beliau ceburi pada ketika ini. Ini kerana ujarnya lagi akan berkhimat sebagai Pramugari di Qatar Airways selama 3 tahun

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.