Latest News

Neelofa Sambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 24, Sudah Minta Maaf Dan Berbaik Dengan Tasha Shila


Pengacara dan pelakon popular, Neelofa Mohd Noor, telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 24 yang jatuh esok, 10 Februari dengan keluarganya 7 Februari lepas.

Nampaknya ulangtahun kelahiran Neelofa kali ini bermakna kerana dia memberitahu Utusan Malaysiayang dia sudah pun meminta maaf daripada Tasha Shila dan berbaik-baik dengan pelakon itu baru-baru ini.
Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini.
Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai.
Begitulah bila sudah bertambah umur, kebanyakan manusia memang mahu membuka lembaran baru dalam hidup. Perkara lepas yang tidak baik biarkan berlalu, asalkan ada kemahuan untuk menjadi lebih baik dan berubah ke arah minda yang lebih positif.
Neelofa juga khabarnya ada menyatakan hasrat untuk berlakon dengan Tasha Shila.
Tahniah diucapkan kepada Neelofa dan Tasha Shila kerana mempunyai jiwa yang besar untuk meminta maaf, memaafkan dan berdamai. Dua-dua punya bakat dan potensi yang besar dalam industri seni, jadi rugilah kalau terus bermasam muka, tak gitu?
Mungkin ada majalah atau akhbar yang akan mengadakan sesi fotografi dengan dua orang bakat ini dan menampilkan mereka di muka hadapan bersama-sama, sah MeleTOP! Kredit gambar We Love Neelofa. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.




______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.