Latest News

Nickelodeon Kid’s Choice Awards — Shila Amzah Tercalon Untuk Favorite Asian Act?



Sebab kami letakkan tanda tanya di’atas adalah kerana sehingga saat artikel ini di’tulis, masih tiada kenyataan rasmi dari pihak penganjur majlis tentang pencalonan Shila Amzah.
Tetapi, menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Shila Amzah memaparkan tweet para peminat beliau yang mengatakan penyanyi lagu Patah Seribu ini telah pun sah tercalon untuk kategori Favorite Asian Act.
Hari ini, Nickelodeon’s 26th Annual Kids’ Choice Awards telah pun mengumumkan barisan calon untuk kategori utama majlis tahunan itu yang bakal berlangsung pada 23 Mac 2013 nanti.
Dalam satu siaran akhbar kepada para media hari ini, pihak penganjur mengesahkan yang wujudnya kategori tempatan iaitu Favorite Asian Act & Favorite UK TV Show namun masih tiada sebarang pencalonan.
Jika berita ini benar, Shila Amzah merupakan wakil kedua Malaysia selepas Yuna pada anugerah yang sama tahun lalu yang mana ianya di’menangi oleh penyanyi Charice dari Filipina.
Video di’atas? Ya, sebagai ingatan kepada anda semua yang Shila Amzah mempunyai bakat sebenar benar bakat. Cinta boleh di’cari lagi. Heh.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.